Pengenalan Madrasah At-Tazkiyah

Madrasah At-Tazkiyah telah  dirasmikan pada  9hb  Januari  2011  oleh pengasas   Darul Mustofa Liddirasah Al-Islamiyah, Tarim, Hadramaut, Yaman iaitu Al-Allamah Al-Habib Umar bin  Muhammad bin  Salim bin Hafidz. Madrasah  At-Tazkiyah merupakan  cawangan  pertama   Darul Mustofa  Liddirasah  Al-Islamiyah di   luar   negara  Yaman  sejak  ianya ditubuhkan pada tahun 1414H / 1993M  di Tarim, Hadramaut, Yaman.


Pada awalnya, Madrasah At-Tazkiyah beroperasi di  di  sebuah rumah di Pantai Dalam yang menampung seramai 20 pelajar. Setelah beroperasi hampir setahun, ianya telah berpindah ke USJ  1, Subang Jaya, Selangor bagi   menampung   penambahan   pelajar  baru.   Lokasi   ini    disewa sementara   menanti   siapnya   bangunan   Madrasah  di    tanah   milik Madrasah di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.