Visi Madrasah At-Tazkiyah

ILMU
Mempelajari ilmu  syariah yang suci , dengan sanad yang sahih yang bersambung serta mentahqiq (memantapkan) ilmu,  melalui cara yang diwarisi turun temurun dari salafussoleh, disamping menggunakan kaedah-kaedah moden yang bermanfaat dan dikaitkan dengan amal.

TAZKIYAH
Pembersihan jiwa dengan ikhlas, taubat, khashyah (takut kepada Allah), zuhud, wara’, penyucian hati dan pembentukan akhlak.

DAKWAH
Menyeru manusia kepada Allah  dengan hikmah disamping menanam semangat dakwah didalam jiwa para pelajar.