Sabar itu cahaya

Sabda Rasulullah SAW : (الصبر ضياء) bererti : Sabar itu cahaya. Cahaya didalam bahasa Arab terdapat dua kalimah yang masyhur. Iaitu (نور) “Nur” dan (ضياء) “Dhiya. Kalimah dhiya adalah bererti cahaya yang terang berderang seperti cahaya matahari.

 

 

Kita perhatikan bagaimana Baginda Rasulullah SAW menggunakan perumpamaan yang sangat tepat dan mendalam. Sifat sabar diumpamakan seperti cahaya yang menerangi seseorang dikala mendapat sesuatu ujian, bererti orang yang tiasa sifat sabar didalam diri mereka ketika ditimpa sesuatu ujian akan hidup didalam kegelapan, dia akan melihat dunia begitu sempit dan gelap, tiada jalan yang terbuka untuknya. Berbeza dengan mereka yang mempunyai sifat sabar dan yakin bahawa segala yang datang itu adalah dari Allah SWT untuk menguji keimanan hamba-Nya , mereka akan menghadapi setiap ujian yang mendatang dengan penuh ketenangan. Yakinlah bahawa setiap yang berlaku itu pasti tersembunyi hikmah dari-Nya. Kata seorang ahli hikmah : “Ketika kamu sedang berjalan, tolehlah ke belakang dan lihatlah batu-batu kecil di belakangmu, dahulu kamu melihat batu-batu itu sangat besar dan menghalang perjalananmu..

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.