As-Sajjad

Berlalu para Ahlul kisa’ yakni: Rasulullah, Sayyidatuna Fatimah, Imam Ali bin Abi Thalib, Imam Hasan & Imam Husien, mereka melalui hidup mereka di muka bumi ini

 

seiring dengan al-Quran tanpa menyimpang sedikitpun juga. Berlanjut hingga masa As-Sajjad Imam Ali Zainal Abidin ibn Husien bin Ali bin Abi Thalib dan beliau pun senantiasa bersama al-Quran. Setiap malam beliau bertahajjud bersama al-Quran sebanyak seribu raka’at sambil membacanya dengan syahdu dalam linangan air mata. Bila kita melihat wajah beliau maka kita pasti akan merasa malu ketika melihat bekas guratan air mata yang bergaris kehitaman di bawah matanya kerana setiap malam selalu menangis dalam beribadat kepada Allah.

 

وعلي ابن الحسين         كل ليلة الف ركة

مسبلا من كل عين      دمعة من بعد دمعة

وعلى هذا المثال        كان زين العابدين

 

 Dan Ali ibn Husien setiap malam (tahajjud) sebanyak seribu raka’at. Menetes turun dari setiap matanya tanpa henti air mata demi air mata.dan dalam keadaan seperti inilah hingga ia menjadi Zainal Abidin.

bersambung...........

 

Petikan ceramah Al-Habib Jidan Bin Novel Bin Salim Bin Jidan tentang Cara Hidup Alawiyah