:
Cuti%20Madrasah%20At-Tazkiyah


CUTI TAHUNAN

  • Cuti Akhir Semester Pertama bermula dari 6 Rabi’ul Awwal  hingga 16 Rabi’ul Awwal.*
  • Cuti Akhir Semester Kedua bermula dari 18 Ramadhan hingga 10 Syawwal. Ia juga adalah merupakan cuti untuk Hari Raya Aidilfitri*
  • Cuti untuk Hari Raya Aidiladha bermula dari 06 Zulhijjah hingga 16 Zulhijjah.*

* Tertakluk kepada perubahan

CUTI BULANAN

  • Pihak madrasah memberi cuti setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad minggu terakhir setiap bulan.
  • Cuti  ini  adalah  bagi  mengelakkan  kekerapan  pelajar  mengambil  cuti  pada  waktu pengajian sekaligus mengganggu prestasi pelajaran mereka.
  • Diharapkan dengan program cuti bulanan ini akan meningkatkan lagi tumpuan para pelajar terhadap pelajaran mereka.
  • Program cuti bulanan ini boleh dibatalkan oleh pihak madrasah sekiranya ia tidak mencapai objektif yang diharapkan.